Ads

Sudah-Sudahlah berpolitik


STATUS POLITIK: SIAPA YANG TAK MINAT BERPOLITIK DI MUSIM-MUSIM BEGINI TAK PERLULAH BACA. 

Dulu saya ada seorang kawan di FB, masa BN berkuasa mulut dia terkunci rapat daripada mengkritik penguasa. Macam-macam alasan untuk dia tidak mengkritik penguasa, walaupun saya sendiri pun tidaklah mengkritik penguasa secara membuta tuli. 

Ada yang betul, kita sokonglah, dan begitulah sebaliknya. Cuma yang saya nampak dia takut untuk bersuara, takut dibuang universiti, takut tak dapat kerja. Saya bukanlah minta dia pergi berdemonstrasi pun, cuma minta dia bersikap. 

Kemudian BN tumbang dan naik pula PH. Seperti orang yang baru sahaja merasai nikmat kebebasan bersuara, dia seperti orang yang tidak waras. Semuanya dia bersuara. Semua dikritiknya. Di mana-mana portal berita pasti ada komennya yang tidak berpuas hati. 

Semuanya dipolitikkan seolah-olah tiada lagi hari esok padanya. Semuanya dari sebesar-besar isu hingga ke isu yang kecil semuanya dipolitikkan. Berita palsu pun turut dikongsi. Blog picisan menjadi rujukan. Inisiatif yang baik daripada PH pun dibelasah habis-habis. Apabila kita tegur, dibalasnya "saya tanya saja. Kalau tak betul tak apalah." 

Kemudian berkat perjuangannya yang tanpa lelah itu PH tumbang, dan PN mula berkuasa. Dia pun berpesan; 

CUKUP-CUKUPLAH BERPOLITIK, INI MASANYA UNTUK KITA BINA MALAYSIA SEJAHTERA. 

Sekian, terima kasih.
Sumber: Whatsapp Group 

Post a Comment

0 Comments