Kemalangan yang tragis bagi industri penerbangan komersil apabila sebuah pesawat milik Lion Air terhempas ketika berlepas dari Jakarta 13 minit selepas berlepas. Peswat yang berlepas jam 6.20 oagi tadi waktu tempatan, membawa 178 penumpang dan 10 anak kapal.
Sehingga kini tiada maklumat rasmi sebab teehempasnya pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang yang mempunyai 6,000 jam penerbangan, dan pembantunya pula mengumpul 5,000 jam waktu penerbangan.
Maklumat terkini menunjukkan tiada yang terselamat dalam kemalangan tersebut, antara yang terburuk bagi tahun ini.
Sementara itu, di laman sosial, terdapat segelintir yang menyebarkan video keadaan dalam pesawat yang dikatakan peswat yang terhempas pada pagi tadi.
Diharap semua bertanggungjawab dan tidak berusaha untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa merekalah yang terpantas dalam menerima sesuatu berita.
Jadilah insan yang bertanggungjawab dan hormati perasaan insan lain yang mungkin terkesan dwngan berita yang belum tentu benar yang disebarkan.
0 Comments