Ads

Menanti hijaunya lampu isyarat


Suatu malam yang agak sejuk sehari dua ini dengan suhu adakalanya mencecah 26°C di sekitar Shah Alam. Kebiasaannya suhu pada waktu malam sebelum menjelang awal pagi adalah lebih kurang 30°C. Namun kebelakangan ini suhu agak sejuk mungkin kerana terdapatnya perubahan cuaca yang bersifat sementara.

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sempat juga mengimbau masa lalu dengan mendengar lagu dari kumpulan rock terkenal di Amerika, iaitu Pearl Jam. Antara lagu terkenal kumpulan ini adalah Black dan Alive yang diabadikan dalam album pertama mereka, Ten.

Pearl Jam ini ditubuhkan oleh Eddie Vedder dan rakan-rakan beliau seperti Stone Gossard, Mike McCready dan Jeff Ament pada tahun 1990 hasil terkuburnya band Mother Love Bone yang diasaskan oleh Gossard dan Ament.

Band ini tidak seperti band mainstream lain yang gemarkan gossip dan interview dengan media. Namun begitu keunikan lagu dan muziknya menjadikan mereka  mampu menjual 32 juta rekod pada 1990an di USA sahaja.

Dan lagu-lagu inilah yang menjadi peneman bekas pelajar-pelajar kolej di era 90an.

Terima kasih Eddie Vedder.

Post a Comment

0 Comments