Kenali diri kita adakah kita sudah tertipu?
'Taklid buta' bahaya utk umat Melayu
PUNCA RASIS KERANA TIADA ILMU
Saya meneruskan agenda peribadi utk memerangi pemikiran rasis. Ini kerana kehadiran Rasulullah antaranya utk menghapuskan perkauman dan menghapuskan sifat bermegah megah dgn bangsa. Saya tidak mahu agama saya terfitnah dan cita2 saya mahu melihat kita hidup harmoni dgn pelbagai kaum yg ada di negara kita.
Apa itu taklid? Taklid bolehlah dianggap mengikuti pendapat seseorang. Dlm Islam, taklid ini biasanya merujuk pada mengikuti pendapat ulama tentang hukum2 Islam.
Pada dasarnya, taklid ini merupakan hal yang diperbolehkan, khususnya utk org awam yg mempunyai keterbatasan ilmu. Namun, bukan bererti pendapat tersebut harus diikuti secara mentah2 begitu saja. Kita harus tahu apa yang menjadi landasan hujah dari munculnya pendapat tersebut agar tidak menjadi 'taklid buta.'
Contoh bila ada agamawan kata satu puak itu kafir atau kata satu puak ini barua Cina, pengikutnya hanya bertakbir sekuat hati tanpa mahu bertanya dalil dan hujah2 yg menyokong kebenarannya, golongan ini bolehlah dianggap taklid buta. Ada org Melayu gelarkan walaun.
Sifat taklid, ketaksuban dan ekstrims sgt bahaya kpd org Melayu di negara ini. Bahaya budaya ketaksuban kerana ia boleh menolak kebenaran.
Ada ramai rakan FB saya yg terpengaruh dgn dakyah rasis. Malah saya dituduh rasis kerana menceritakan kebaikkan bangsa Cina. Tujuan saya hanya satu iaitu mahu org Melayu jgn taklid buta. Kaum lain terpulang tetapi org Islam wajib menunjukan akhlak yg baik.
Selalu saya katakan ada Melayu baik, ada Cina baik, ada Melayu jahat dan ada Cina jahat. Ia soal insan bukan soal bangsa.
Dlm pentafsiran kpd org politik yg cuba mengamalkan pendekatan Rahmatan Lil Alamin...Ramai antara kita taklid buta kerana kita tidak berilmu utk membezakan antara perlakuan pemimpin negara dgn pemimpin keluarga.
Wacana pemimpin negara dan keluarga mesti berbeza hujahnya. Sebab itu Nabi sebagai pemerintah baginda tidak memburu dosa peribadi.
Dalam kes zina sehingga 4 kali wanita itu dtg bertemu tetapi ditolak baginda utk mendengarnya malah dihalau wanita tersebut. Tapi dlm kes salah seorang Panglima Perang Islam yg membocor rahsia negara baginda menghantar tentera memburunya.
Itu kerana dosa berzina itu adalah dosa peribadi tetapi dosa membocor rahsia kerajaan ia melibatkan kepentingan awam.
Akhirnya pertimbangan org Melayu dosa peribadi seseorang seperti berzina dijadikan isu utama tetapi dosa menyamun harta rakyat diangkat menjadi bosku. Semua ini kerana taklid buta.
Sebab itu kita kena perbetulkan niat kita pergi kedai org Islam tu bukan kerana Islamiknya tetapi kerana kebersihannya. Yg Islamik bukannya kedai tersebut ada bacaan ayat Al Quran semata mata tetapi jika ia kotor ia bukan Islamik.
Sifat Islam Universal. Ia progresif, toleransi dan harmoni. Dlm konteks di Malaysia kita kena bijak melihat adakah parti2 politik itu ia mencari redha Tuhan atau sekadar mencari redha (sokongan) rakyat.
"Agama sepatutnya bukan candu masyarakat," kata Karl Marx yg mendapat kritikan daripada gereja. Karl Marx berpendapat agama sering digunakan utk mempengaruhi masyarakat.
Di negara kita pelbagai hukum diguna pakai dgn tujuan tertentu. Malah hukum hakam itu boleh berubah mengikut sesuka hati. Contoh ketika kerajaannya dirampas ia mengatakan haram dan satu pengkhiantan tetapi apabila mereka berbuat demikian ia adalah anugerah Tuhan. Ini tidak betul...jauhi sifat taklid buta.
Dgr kata para Imam kita yg ilmu mereka dianggap sebagai bahagian pemikiran atau fiqah dlm Islam.
Namun bagaimana hebatnya ilmu mereka para Imam ini mahu pengikut mereka jgn taksub, ekstrim atau taklid buta kpd mereka.
Imam Hanafi berkata, “Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambilnya.”
Imam Malik berkata, “Sesungguhnya aku hanya seorang manusia bisa salah dan bisa benar, maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yg sealiran dgn Al-Kitab (Alquran) dan As-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap pendapatku yg tidak sejalan (menyelisihi) Al-Kitab dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah aku.”
Imam Syafie berkata, “Tidak seorang pun melainkan harus mengikuti sunnah Rasulullah saw. Apapun pendapat yg aku ucapkan atau ushul yg aku susun dan Rasulullah saw. menyelisihi apa yg aku ucapkan maka apa yg disabdakan Rasulullah saw itulah pendapatku.”
Imam Hambali berkata, “Jgn kalian taklid kepadaku, jgn pula taklid kpd Malik, Syafie , Al-Auzai dan Ats-Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil (yakni Alquran dan As-Sunnah).
Jadi jika kita sebagai Islam... tanya diri kita apa punca kebencian begitu sekali kpd kaum Cina atau bukan Islam. Kalian patut berhujah, minta fakta. Adakah kita sudah tergolong dlm golongan taklid buta?
Jika tidak kita mesti bertanya kenapa dulu boleh bersama mengapa skg tidak. Mengapa dulu kafir skg kita bersama mereka. Dulu kata nak tutup kilang Carlsberg sekarang diam, dulu nak haramkan penjualan arak di Seven E skg diam. Dulu nak tutup pusat judi Genting skg tidak. Dulu kata kes Adib tak terbela kerana ada parti Cina skg diam... ?????????????
Bila kita diam dan tidak mahu bertanya kpd pemimpin yg membuat hujah sebelum ini tiba2 sepi...bermakna sah lah kita di kalangan kelompok taklid buta. Dipergunakan atas nama agama dan bangsa.
Agama itu bukan rasis, agama itu bukan utk diambil kesempatan... Kita wajib berilmu dan mencarinya. Perlu diingat wacana pemerintah berbeza. Kita sememangnya tak boleh tolong membina Gereja atau kuil. Tapi pemerintah berbeza, mereka boleh kerana dia mesti melayani rakyat dgn keadilannya.
Pemimpin mesti mengiktirafkan kewujudan agama2 lain tetapi dlm wacananya sebagai pemimpin dia bukan mengiktiraf agama tersebut. Kena faham bab ini jgn sampai bila beri bantuan kpd sekolah Cina ... tgk Melayu sudah menjadi hamba kpd Cina.
Dan terakhir jika nak tahu jujur atau tidak pemimpin yg menjerit Islam! dan menyuruh kamu bertakbir itu jujur atau tidak ialah apabila muncul pemimpin Cina berkata,"Saya tidak mahu dengar org kata kerajaan PN ini Melayu Islam" pemimpin itu diam menikus... bermakna kamu telah ditipu angkara Taklid Buta.
Penulis: Norman Razuan

0 Comments