Ads

CERITA SEORANG AWEK CUN... TENTANG B40, M40 & T20


1. Masa zaman Covid19 dan MCO/PKP ni, ramai yang dah mula celik tentang jenis2 lapisan masyarakat. Ini bukan lapisan masyarat yang dibahagikan mengikut kaum: Melayu, Cina, India, Kazadan atau Iban ya. Tapi lapisan masyarakat yang dibezakan melalui jumlah pendapatan: T20, M40 dan B40. The buzz words of the day to many. 

2. Ramai yang DM saya sebab nak tahu diaorg jatuh dalam kategori geng Makcik Kiah tak? Boleh lah nanti hujung bulan merasa RM1600/RM1000 yang Kerajaan dah umum nak bantu M40 dan B40. Makanya, daripada saya jawab satu persatu, nak senang cerita, lebih baik saya up satu posting mengenainya. Moga dapat manfaat
kepada pembaca. 

3. Sebelum apa2, perkara utama yang kita perlu tahu ialah penentuan pendapatan T20, M40 dan B40 ni BUKAN dikira melalui pendapatan INDIVIDU tetapi pendapatan ISI RUMAH. Maknanya, bukan ikut pendapatan tuan/ puan sorang, tapi kena tapau sekali pendapatan suami dan isteri tuan/ puan. Setelah combine 2 pendapatan ni, barulah kita tengok tuan/puan jatuh dalam kategori yang mana. 

3. Perkara kedua yang kita perlu tahu, perbezaan antara pendapatan dan gaji. Ramai yang confuse bab ni. Ya... Pendapatan dan gaji berbeza ya tuan puan. 

4. Pendapatan bukan hanya gaji, tetapi jumlah wang yang tuan puan terima secara bulanan/ tahunan. Ini termasuk duit sewaan rumah. Yang mana ada di kalangan tuan puan jadi tuan rumah dan menyewa kepada orang lain. Makanya duit sewa tersebut masuk sekali dalam pengiraan pendapatan. Sama juga terpakai kepada sesiapa yang pajakkan tanah.

5. Pendek kata, apa saja duit yang tuan/ puan dapat secara berkala/ bulanan akan dikira sebagai pendapatan. Macam golongan T20, elaun bulanan yang diaorg terima sebagai ahli lembaga pengarah syarikat pun termasuk sama. 

6. Macam orang berniaga pula, kita tak cakap mereka terima gaji. Tapi mereka terima pendapatan perniagaan saban bulan. Atau untung tahunan yang mereka dapat di mana boleh diproratakan secara bulanan. Pendapatan ini lah yang kita dok declare pada LHDN tiap2 tahun. Bagi yang layak tapi tak pernah declare tu, den takleh nak tolong 😅. 

7. Seterusnya, penetapan nilai pendapatan. Kategori nilai pendapatan yang ditetapkan oleh Kerajaan menggunapakai pendekatan oleh Khazanah Research Institute (KRI) / Jabatan Statistik (JS). Kategori yang digunakan:

Pendapatan Isi Rumah

T20/ Top20/ Upper Class = RM9,619 dan ke atas 

M40/ Middle40/ Middle Class= RM4,360-RM9,619

B40/ Bottom40/ Lower Class= RM4,360 dan ke bawah. 

8. Macam mana KRI/ JS tetapkan benda ni? Mereka guna pakai banci pendapatan penduduk. Tetapkan min dan median pendapatan dan bahagi kan kita dalam kategori T20/M40/B40. 

9. Kerajaan PH terdahulu pulak tetapkan M40 dan B40 ialah mereka yang punyai pendapatan isi rumah RM100,000 setahun atau RM8,333 sebulan. Ini ditetapkan melalui sistem MySalam. Sedikit berbeza dengan pendekatan Kerajaan sekarang. Dulu Kerajaan PH pun kenakan cukai lebih tinggi kepada golongan T20. Berbeza dengan pendekatan BN dulu yang selalunya tidak menyentuh kenaikan cukai untuk golongan T20.

10. Bercakap tentang T20 ni pulak. Mereka bukan la geng Makcik Kiah yang TSMY PM8 kita nak bantu. Hanya M40 dan B20 je yang merasa duit Kerajaan. Sama la jugak di mana2 negara pun. Tapi yang pelik negara kita ni, ada kalangan T20 yang tak puas hati pulak Kerajaan nak bantu golongan bawahan daripada mereka. Apa ke benda. 

11. Saya percaya T20 ni ada 2 jenis. Satu mmg berduit, satu lagi “budget berduit”. Jenis pertama, datang la apa pun, covid ka, recession ka, banjir ka, sebab diaorg jenis mmg byk tunai di tangan, tak terasa susah sangat. Mereka ni sejenis yang kaya tak banyak hutang. T20 jenis macam ni suka hidup low profile dan suka bantu orang lain dengan menderma. 

12. Satu lagi kategori T20 ialah yang “budget berduit”. Mereka ni memang berduit tapi banyak duit dihabiskan untuk budget jadi T20. Kena ada rumah besar, kereta mahal, benda best2. Untuk nampak “have-have”. Bak kata orang sekarang. Untuk nampak sedemikian, ada yang sanggup berhutang dan habiskan banyak hasil pendapatan untuk “live up to that lifestyle”. 

13. Makanya, bila keadaan susah, mereka akan sedikit sebanyak tergugat. Mana nak cari duit bayar gaji pekerja, bayar instalment rumah/ kereta, maintain lifestyle yang ada. Cash di tangan pula kurang. Yang dok pusing selama ni ialah pendapatan bulanan. Sekali tak masyuk, bukan ke terduduk. 

14. Saya tak salahkan mereka sangat. Memang masyarakat kita memandang tinggi golongan T20 budget berduit ni. Makanya, ramai antara kita sanggup bergadai supaya nampak T20. Kita letak nilai diri atas apa yang kita miliki. Supaya kita nak masyarakat pandang kita tinggi. 

15. Jujur cakap, saya pun termasuk la sama. Dulu ketika belajar di England, ada duit sikit, nak merasa beli kereta Mercedes. So belilah dan lepas habis belajar bawak masuk ke Malaysia. Di Malaysia, bawak Merc ni you consider jadi have-have. Orang treat pun beza. Kalau kita park depan Jockey tu, berlari diaorg nak ambil kunci tolong parking. 

16. Saya pun masa tu kerja jadi lawyer korporat, maka bayar maintenance tu mampu la tanggung. Tapi kereta Jerman ni makin lama makin mahal nak maintain. Kadang tu, sebab nak bayar maintenance miss pulak bawak anak berjalan dan balik kampung. 

17. Masa tu saya tengok sesetengah kawan lawyer saya yang Chinese semua pakai kereta biasa2 jer. Walhal mereka ada yang gaji lebih besar. Bila saya complaint maintenance mahal, diaorg tanya kenapa beli Merc. Kan ke tahu mahal maintenance. Saya cakap saya suka kereta tu. Kawan Chinese sorang ni cakap, dia pun suka. Tapi dia takkan beli. Sebab dari bayar duit instalment dan maintenance mahal, baik diaorg simpan buat duit belajar anak pergi oversea atau beli property. 

18. Tang... masa tu kena setepuk kat dahi. Malu pun ada sebab budget nak tunjuk T20. Makanya, setelah banyak berpikir saya pun jual kereta Merc tu dan ganti kereta lain. Suami pun kata ok. Sebab dia maintain kereta yang ok satu. Kalau nak merasa kereta yang OK-OK, boleh la tumpang kereta dia. 

19. Sekali, tak lama lepas saya jual, saya dapat offer kerja Kerajaan balik join team Menteri. Nak taknak sebab memang nak join Kerajaan balik, kena terima dapat gaji sikit daripada kerja korporat. Makanya, bila jadi macam tu, saya rasa nasib baiklah dah jual kereta Merc tu. Paling tidak, dapat la jimat dengan gaji yang makin ciput. Cuma satu je lah, dah pakai kereta bukan Merc atau seangkatan ni, bila desperate nak park kat Jockey, takde la diaorg berlari macam dulu. Kadang diaorg siap tanya “you mahu jockey ka” nampak macam kita tak mampu 😅 

20. Jadi nya, melalui pengalaman tu, saya dapat merasa macam mana masyarakat Malaysia treat golongan T20 ni. Mmg lain macam. Tu sebabnya ramai antara kita yang delusional. Bila keadaan tak mampu pun masih sanggup bergolok bergadai selagi boleh nak bagi orang pandang kita best. 

21. Tu pasal tuan puan boleh tengok budaya masyarakat kita. Ahli politik ada dalam masa PKP, boleh pulak buat video posting mereka masa tengah mandi dalam swimming pool mewah di rumah. Ada pulak tu turun melawat kawasan pasar dan penjaja, pakai jaket Burberry harga ribu riban sehelai. 

22. Yang Usahawan viral pulak, ada sejenis yang perlu tunjuk kemewahan untuk lakukan produk. Ada nampak mewah bebenor tapi haram nampak produk jual di pasaran. Setakat bengkung RM100 satu takkan la suku daripada jumlah rakyat Malaysia pakai sampai membolehkan dia jadi multi millionaire. Bukan saya jealous ya. Elok diaorg kaya, cuma tak paham bagaimana. 

23. Yang Retis pulak lagi satu. Sindrom “in the bubble” diaorg lagi teruk. Nak nampak up dan glam kena la beli barang mahal2, pergi tempat best untuk up dalam Insta dan ramaikan peminat. Walhal kalau nak ikut pendapatan artis bukanlah mahal sgt. Tu sebabnya sekarang, bila dah tak masyuk, diaorg mintak Kerajaan tanggung. Kalau nak bagi duit tak mampu makan minum, kita paham la. Tapi sekali bil Netflix pun claim, apa cerita? 

24. Ada sorang anak Raja pula, yang jenis dapat private jet sebagai hadiah hari jadi. Sejenis yang beli barang mewah dan melancong semuanya up dalam insta. Follower paling tinggi. Diagongkan walaupun banyak benda yang keluar dari mulut dia kita sangsi. Berbanding lagi satu anak Sultan, sejenis yang bila kahwin taknak terima hadiah, disuruhnya diderma pada anak yatim. Yang keluarganya termasuk anak2 pandai naik LRT. 

25. Geng T20 yang memang berduit tapi low profile memang dipandang sepi. TS Syed Al Bukhary ialah Melayu terkaya di Malaysia. Beliau pakai baju batik Malaysia dan drive Proton Perdana. Ada tuan/ Puan dengar banyak pasal dia? 

26. Di luar negara yang betul2 kaya tak tunjuk dan budget kaya. Warren Buffet masih duduk di rumah yang beliau beli sebelum jadi billionaire. Mark Zuckerberg pakai baju nipis ala pagoda tiap hari. Bill Gates takde budget macam Jho Lo yang dok berparti, beli yatch dan buat Hollywood movie. Mereka lebih rela buat Yayasan dan menyumbang balik pada society. Dan mereka dipandang tinggi oleh masyarakat di sana. Bukan sebab apa yang mereka miliki tapi disebabkan prinsip yang mereka ada. 

27. Orang kita kena belajar menilai orang lain bukan melalui apa yang mereka miliki. Bukan perlu agongkan orang macam Jho Lo atau Rosmah Mansor yang satu beg tangan beliau boleh beli satu mahligai di Bukit Tunku. Kita kena belajar respect dermawan bukan hartawan. Dan dermawan ini pulak bukan jenis Cash is King ya. Yang bagi cash bukan duit dia 🤦🏻‍♀️

28. Selalu kita ajar anak kita, dah besar kena jadi kaya. Tapi kita selalu lupa nak bagitau lepas kaya nak buat apa? Kita kena terapkan pada mereka dah kaya perlu jadi dermawan macam TS Syed Bukhari. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi. Guna duit mereka untuk uplift the society. 

29. Jadinya, berbalik kepada persoalan kita di atas. Yang T20 ni saya harap ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tahu tak boleh nak bayar gaji, tengok2 la mana2 harta yang terlebih. Yang mana2 harta yang boleh dijual untuk tampung perbelanjaan syarikat dan seboleh-boleh tanpa buang pekerja. Yang ni bukan dituju untuk SME ya. Yang ni yang jenis buat untung juta2 sebelum ni dan boleh mampu beli Ferrari atau Lamborghini. Jangan pulak melaung mintak Kerajaan treat dia macam M40 dan B40 😅😅😅

Wassalam. 

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Post a Comment

0 Comments