Saya telah mengalami masalah ini berbulan lamanya sebelum memeutuskan untuk buat carian di Internet. Pada mulanya saya ingatkan sistem operasi Microsoft yang hadapi masalah sebegini.
Namun hasilnya saya telah menjumpai cara untuk atasi masalah ini.
Untuk selesaikan masalah ini, anda harus uncheck "Ignore DDE" dalam File option dalam aplikasi Microsoft Excel tersebut.
Caranya seperti di bawah:
1. Buka Microsoft Excel dan klik File -> Options -> Advanced -> General
2. Uncheck kotak selepas Ignore other application that use Dynamic Data Exchange (DDE)
3. Klik OK
Dan anda berjaya selesaikan masalah yang mungkin anda hadapi selama ini.
Selamat mencuba
0 Comments