Ads

Nasi Kerabu Tarmizee laris di Scotland

Gambar: Kosmo Online

Kadang-kadang rezeki yang Allah nak kurniakan kepada kadang kalanya datang tanpa kita rancang. Begitulah kepercayaan seorang Muslim yang seharusnya menjadi iktikad setiap umat Islam. Apa yang penting adalah usaha.

Begitulah yang terjadi kepada seorang rakyat Malaysia yang berada di Scotland sambil menemani isteri beliau menyambung pelajaran di sana. Mohd Tarmizee Mohd Alwi, 39 yang berasal dari Kelantan ini menggunakan resepi asli yang didatangkan terus dari Kelantan melalui kiriman ibunya.

Memetik laporan Kosmo Online, beliau menerima tempahan pelanggan melalui Facebook terlebih dahulu sebelum menyediakan tempahan rakan-rakan beliau.

Usaha beliau seharusnya menjadi contoh kepada semua bahawa setiap usaha yang murni akan mendapat balasan setimpal dengan usaha yang dilakukan. Perniagaan bukanlah berkisar tentang keuntungan semata-mata, tetapi ia juga melibatkan ibadah kerana kita menyediakan kemudahan kepada mereka yang memerlukan khidmat kita.

Selamat maju jaya kepada beliau.

Petikan dari Kosmo Online...


Post a Comment

1 Comments

  1. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    branding agency malaysia
    social media agency
    design agency kuala lumpur

    ReplyDelete