Ads

Neffos C5 - produk terkini TP-Link



Neffos - satu nama yang agak janggal dalam dunia samartphone. Namun bagi mereka yang biasa dalam dunia IT dan teknologi, pastinya pernah mendengar nama TP-Link. Satu nama yang terkenal dalam pengeluaran modem atau router untuk menghubungkan kita semua dalam alam maya.

Neffos dicipta oleh TP-Link pada tahun 2015 lagi, namun baru sekarang jenama ini jelas kelihatan di mana-mana kedai telefon pada masa ini. Tidak hairanlah DirectD juga menjadi pengedar kepada jenama dari China ini.

Tanpa ramai sedar, TP-Link adalah antara pengeluar WLan router nombor satu di dunia. Menyedari kekuatan mereka dalam networking, mereka punyai keyakinan untuk menembusi pasaran telefon pintar. Keyakinan mereka sama seperti keyakinan pelanggan mereka kepada jenama TP-Link.

Moga mereka terus mengeluarkan telefon pintar dengan harga yang berpatutan untuk semua. Dengan harga serendah RM499, anda mampu memliki telefon pintar dengan ciri-ciri terkini seperti storage 16GB, 2GB RAM serta kapasiti bateri 3045 mAh. Kualiti kamera juga tidak kurang kualiti dengan 13 MP (kamera belakang) dan 5 MP (kamera depan).

Model yang dinyatakan di atas, Neffos C5 amat sesuai bagi kalangan mereka yang mementingkan perhubungan dengan budget kewangan yang sederhana.


Post a Comment

0 Comments