Seringkali melihat kawan-kawan yang berkemampuan memakai smart watch berjenama seperti Garmin dan Apple Watch, hati ni rasa cemburu sahaja. Nak membelinya sampai beribu memang tak lah.
Alhamdulillah sejak adanya Lazada, diri ini sedikit terdedah dengan perkembangan yteknoloji dan naib baik ada juga syarikat China yang mampu mengeluarkan jam sebegini dengan harga yang murah.
Akhir bulan September 2018, sempat buat tempahan di Lazada dan menerima jam tersebut, SKMEI 1301 pada 1 October 2018. Jam diterima berkeadaan baik, namun sedikit gelisah pada mulanya akibat tidak tahu bagaimana cara untuk ON kan jam tersebut. Baca punya baca, rupanya tekan Switch 1 dan Switch 3 secara serentak untuk hidupkan jam tersebut. Kawan dah mula suggest agar return sahaja. Banyak kebaikan ye berkat kita sabar ni.
Nak bercerita panjang berkenaan spesifikasi, penulis masih baru dalam bidang smart watch ini. Namun pada asasnya ianya adalah salah satu jam yang sesuai bagi mereka yang selalu jogging dan ada target setiap kali melakukan aktiviti kecergasan.
Secara ringkasnya, spesifikasi boleh lah digambarkan seperti di bawah:
0 Comments