![]() |
| Gambar: Bloomberg |
Peraturan ini sememangnya disambut baik oleh mereka yang tidak gemar akan gangguan asap rokok ketika mereka menikmati jamuan. Bagi pemilik kedai makanan pula, pastinya lebih ramai pelanggan akan mengunjungi kedai mereka disebabkan keselesaan yang wujud hasil larangan tersebut.
Larangan ini bertujuan menyedarkan orang ramai akan bahaya asap rokok bukan sahaja kepada perokok, malahan kepad mereka yang terhidu asap tersebut.
Tidak dinafikan, setiap peraturan tak akan lepas dari kekurangan, namun apa yang penting adalah tujuan pelaksanaan tersebut. Penambahbaikan semestinya akan selalu dititikberat oleh pihak berwajib.


0 Comments