Ads

10 SEBAB KENAPA PEMIMPIN PAS TAK BOLEH PIMPIN KERAJAAN MALAYSIA DAN AGENSI KERAJAAN



Seperti sedia maklum kerajaan Malaysia telah berubah dan bertukar daripada kerajaan sah pilihan rakyat kepada kerajaan baharu hasil pengkhianatan sesetengah ahli parlimen PKR. 

Antara gabungan baharu kerajaaan ini yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional (PN) adalah parti BERSATU, BARISAN NASIONAL (UMNO, MCA), GPS dan PAS. 

Mereka telah bersekongkol dengan pemimpin terdahulu yang terpalit hodoh dengan kes makhamah serta pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah. 

PAS sebuah parti Islam yang panjang sejarahnya di Malaysia telah menjadi "King Maker" dengan jumlah ahli parlimennya seramai 18 orang sahaja. 

Parti islam itu juga menjuarai beberapa siri pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum daripada itu. 

Parti itu juga telah menggunakan segala hujjah agama dan dalil untuk menyokong segala tindak tanduk mereka. Ini termasuk dengan menggunakan ikon watak suci bekas Mufti Wilayah Persekutuan untuk menjadi Menteri Agama dan Mufti hujung peta sebagai pendinding kepada segala tindakan buruk mereka. 

Wajah Parti Islam di Malaysia tercalar teruk dengan surat daripada Presiden PAS sendiri ke dunia arab sebelum dirinya menjadi duta Timur Tengah yang mana banyak fitnah dan tomahan yang tidak berasas dilemparkan kepada musuh-musuh politik yang tidak sehaluan dengan mereka.

Berikut adalah sebab, hujjah dan dalil kenapa PAS tak layak memimpin kerajaan Malaysia sebagai parti yang kononnya memimpin dan menegakkan Islam di Malaysia :

1) Pemimpin besar PAS suka berbohong dan menipu untuk dapat sokongan [1].

2) Pemimpin PAS suka fitnah dan buat tuduhan tanpa bukti [2].

3) Pemimpin PAS mengaku sebagai Agen CIA [3].

4) Pemimpin PAS sombong dan cakap besar [4].

5) Pemimpin PAS suka label orang, menghina serta bercakap buruk [5,6].

6) Pemimpin PAS sokong penerima rasuah dan salah guna kuasa [7].

7) Pemimpin PAS bukan Melayu-Islam, penakut dengan MCA [8]

8) Peminpin PAS tidak mempunyai kompetensi dan tak berkelayakan [9]

9) Pemimpin PAS suka khianati Rakan-Rakan [10]

10) Pemimpin PAS suka bermewah [11]


Kesimpulan

Pas dan kepimpinan PAS amat bahaya untuk merajui Malaysia. PAS adalah pengkhianat sebenar bangsa Melayu dan pelopor kepada pergeseran dan permusuhan yang sangat hodoh dalam masyarakat ummat Islam di Malaysia. 

PAS bermusuh dengan semua pihak kerana kuasa dan kedudukan politik yang mereka idam-idamkan sejak dahulu, sekalipun pada hakikatnya keupayaan mereka memimpin sebuah kerajaan negeri sahaja pun ternyata gagal. 

Hari ini mereka boleh bersama PN kerana disogokkan dengan kuasa dan kedudukan sekalipun tiada kelayakan dan keupayaan. Apabila sampai masanya kuasa dan kedudukan itu hilang atau ditarik balik, PAS akan sekali lagi berhujjah menggunakan agama demi survival politik mereka yang sempit.

Post a Comment

0 Comments