Ads

Berhati hati isu RohingyaAPA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU?

Berhati hati isu Rohingya
APA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU?

Tiba2 isu Rohingya menjadi panas selepas seramai 60 etnik Rohingya maut dlm sebuah bot yg sarat dgn ratusan org yg terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan. Kejadian itu berlaku selepas Thailand dan Malaysia menolak utk menerima mereka mendarat.

Pada awalnya emosi saya juga hampir terpengaruh dgn isu ini tetapi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Najib dan Hadi Awang 4 tahun lalu berdiri satu pentas dlm himpunan di panggil Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya dgn nada keras Najib mengutuk dan akan membela nasib Rohingya, begitu juga Hadi Awang. Berteriak rakyat Rohingya dan penyokong kedua parti. Lihatlah Melayu UMNO dan PAS sebagai pembela Islam.

Yg menghairankan saya kenapa Hadi Awang yg kini bergelar Menteri dan Menteri2 UMNO berdiam diri ke atas isu Rohingya? Dah ada kuasa atau dulu Hadi hanya retorik utk menarik undi Melayu ? 

Tak nafikan dalam setandan pisang tak semuanya elok. Memang ada perangai2 buruk dilakukan kaum Rohingya ini. Tapi adilkah ketika ini netizen diusik emosi mereka seolah Rohingya begitu keji sekali berbanding pendatang yg lain?

Tiba2 sejarah Rohingya pengganas muncul. Tiba2 Rohingya dianggap pendatang yg menggugat peluang pekerjaan warga tempatan. Tiba2 Rohingya difitnah mahu mempunyai hak seperti rakyat Malaysia?????? Tiba2 Rohingya dianggap pengotor seolah olah bangsa Bangladesh itu bersih.

Mari kita baca hujahan DS Anwar Ibrahim. Menurut Anwar Ibrahim ada 6.7 juta pekerja asing di Malaysia, yakni 40% dari tenaga kerja Malaysia. Mereka terdiri......

a) 2.7 juta yg ada permit yg sah (pekerja asing yg sah)

b) 4 juta yg tiada permit (PATI - pekerja asing yg tidak sah)

Perlu dijelaskan di Malaysia ada 60,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yg berdaftar dgn UNHCR. Mereka bukan tenaga kerja di Malaysia. Mereka tak dibenarkan bekerja di Malaysia secara rasmi. Kebanyakannya bekerja sendiri. Maka mereka tidak pernah membolot peluang pekerjaan utk orang Melayu.

YANG BOLOT PELUANG PEKERJAAN DARI ORANG MELAYU IALAH WARGA INDONESIA DAN BANGLADESH.

 SOALNYA MENGAPA PANIK DENGAN 60 RIBU ROHINGYA...

PADAHAL YG  PATUTNYA -  IALAH PANIK DENGAN 6.7 JUTA INDON & BANGLA - MEREKA INILAH YG SEBABKAN MELAYU MENGANGGUR DAN MEREMPIT !

BANYAK WARGA INDON DAH DAPAT KERAKYATAN MALAYSIA

MAKA JANGAN PANIK.. NANTI KENA PENDEMIK DALAM OTAK!

Apa yg dikatakan oleh DS Anwar ada kebenarannya dan perlu kita fikirkan. Mengapa rakyat difokuskan oleh media ke arah isu Rohingya? 

Lebih pelik video yg memaparkan ucapan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani telah dibuat subtitles yg kononnya dia meminta hak sama rata, kerakyatan dan mengatakan Melayu bodoh ( berlainan dari ucapannya )?

Malah ada suara penyamaran kononnya org Rohingya menghina Melayu tersebar di Whatsapp. Tak cukup dgn itu Rohingya dituduh sebagai pembawa Covid-19. Sdgkan fakta dari jumlah pesakit bukan begitu.

Atas dasar itu kita kena berhati hati atas isu Rohingya yg saya anggap sedikit complicated. Kita memahami kita tidak boleh menerima kehadiran mereka dlm jumlah yg begitu ramai tetapi mengapa ada agenda memburuk burukkan Rohingya. 

Mengapa Rohingya sahaja dianggap ancaman bukannya kpd warga Indonesia dan Bangladesh yg memonopoli pekerjaan rakyat tempatan?

Sedangkan warga Bangladesh menguasai pekerja di kedai2 minyak, Pasaraya, Kedai Serbaneka, hotel 1/2/3 bintang, pengawal keselamatan dan bermacam macam lagi di KL. Dulu semua pekerjaan itu dimiliki anak muda Melayu.

Adakah ada agenda utk menghalalkan kemasukkan warga Bangladesh ke negara ini dlm jumlah yg begitu ramai? Kita kena tunggu dan lihat sebelum emosi kita dipengaruhi oleh pihak2 tertentu. Atau adakah ada isu lain yg cuba dialihkan?

Kita sebagai rakyat atau netizen berhati hati menulis dlm isu Rohingya. Lagi pun kita bukan seperti lembu yg dicucuk hidung kan....👍 Fikir di luar kotak.

Cukuplah emosi anti Cina Dap itu telah merosakkan minda kita. Cukuplah kita melihat perangai busuk hati agamawan. Enough is enough.... kita mesti menjadi masyarakat yg berfikir dan tidak mudah dibuli

Kita sudah jadi mangsa emosi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun... cukuplah minda kita dibodohkan begitu sekali...rajinlah membaca dan rajin berfikir... Never trust anyone who has not brought a book with them🤣

Post a Comment

0 Comments