Ads

KEJATUHAN KERAJAAN PH SATU CABARAN DAN DUGAAN

Kerajaan PH hanya dapat memerintah selama 22 bulan akibat pengkhianat  yang tidak jujur kepada amanah rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 (2018)

Pengkhianat yang diketuai oleh Azmin semburit bersama Mahyudin telah mengecewakan rakyat angkara perbuatan mereka melompat parti dan meninggalkan PH maka kerajaan PH pun tumbang.

Kita semua sepatutnya muhasabah diri masing-masing dan istiqomah dalam perjuangan untuk memastikan PH kembali memerintah Malaysia dalam PRU15 andainya PH gagal membuat undi tidak percaya kepada Mahyudin dalam persidangan parlimen akan datang.

Berikut saya lontarkan beberapa perkara yang  perlu kita mengambil iktibar:-

1. DSAI  perlu memimpin komponen PH selaku pengerusi. Tun Mahathir perlu direhatkan dan sudah memadai menjadi PM4 & PM7

2. Majlis Presiden PH (PKR/AMNH/DAP) mesti membuat keputusan menyokong DSAI sebagai PM9 jangan lagi terpedaya dengan Tun Mahathir yang khianat DSAI

3. Jangan menerima MP pengkhianat khususnya geng semburit yang keluar PKR. Mereka langsung tidak kenang budi kepada majoriti ahli PKR yang memilih mereka akhirnya mengkhianati mandat ahli kerana agenda tertentu. Rakyat akan menghukum mereka dalam PRU15 nanti

4. Kepada pegawai lantikan politik termasuk Setiausaha politik  hendaklah mengkaji balik  kelemahan diri. Jangan sombong bila berjawatan. Tidak melayani pandangan dan permohonan ahli parti tidak diberi layanan yang baik dengan pelbagai alasan sibuk dan sebagainya

5. Ada dikalangan menteri kabinet samada dari AMNH/PKR/DAP  bergerak dan hanya berjumpa dengan ahli mereka sahaja dan mengabaikan ahli yang bukan dari partinya

6. Terdapat menteri tidak berperanan untuk menaikan kerajaan PH. Menteri kita terlalu menjaga hati pegawai di kementerian dan tidak mampu untuk menegur mana-mana pegawai yang masih berkiblat kepada UMNO/BN

7. Ada menteri yang membiarkan tindakan pegawai yang pro UMNO/BN berperanan menikam kerajaan PH. Maklumat dan dasar kerajaan PH tidak pernah disalurkan secara berkesan walaupun PH mempunyai RTM/TV3 dan Astro Awani ketika itu. kerajaan PH mahu menunjukan dasarnya  yang baik kononnya sedangkan PH gagal memberi maklumat kepada rakyat 
 

8. Apabila PN membentuk kerajaan melalui Pintu Belakang maka  menteri mereka bertindak mengawal semua saluran TV dan radio  dengan agenda meracuni rakyat dan menghentam PH. Kita PH tidak pernah mengambil kesempatan untuk menyalurkan maklumat secara berkesan semasa kita memerintah selama 22 bulan

9. Saya mendapat maklumat apabila penyokong PH berjumpa menteri dan Setpol mereka menjual mahal dan enggan berjumpa kecuali orang tertentu sahaja

10. Surat aduan rakyat jarang dijawab dan pertanyaan rakyat tidak dihargai pun. Ada segelintir Setpol memilih bulu dan bermuka masam mana-mana ahli parti yang dianggap musuh mereka tidak dilayan pun. Sebenarnya mereka cepat lupa diri dan mulai sombong ketika dibawah ketiak menteri

11. Walau bagaimanapun   tidak semua setpol begitu tetapi ada juga yang berjiwa rakyat dan menghargai mana-mana pihak yang datang ke pejabat dilayan cukup mesra dan baik hati

12. Sekarang menteri dan setpol tidak lagi berjawatan. Oleh itu kita ini seumpama roda sekejap di atas dan sekejap bawah. Apabila di atas dan berjawatan nanti jangan lupa daratan sehingga tidak mahu senyum pun apabila berjumpa.

Ini sekadar maklumat yang saya sering terima daripada akar umbi. Walaupun pahit kita orang politik mesti berlapang dada menerima teguran. Jangan sekali-kali berfikiran jumud. Maafkan saya kerana membuat teguran kerana sayangkan PH dan saya mahu DSAI jadi PM9 Insya Allah.

Sekian Terima kasih
LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG 💪

Daripada:
Monaliza bt Mohtar
Exco Wanita Pusat Keadilan.

Post a Comment

0 Comments