Ads

Dulu vs Sekarang





Dulu VS Sekarang

Dulu semua laung hidup BMF. Seolah-olah umat islam jatuh kafir kalau beli barang orang Cina dan barang orang India. 

Datang Virus Covid19, habis semua barang di atas rak-rak kedai runcit, rak-rak di mall. Licinn! 

Barangan bantuan pun beli tak kira kedai umat islam ke kedai cina ke kedai india ke. 

Dulu ejek e-wallet mati-matian. Sekarang bukan e-wallet rakyat kena hadap. Semua pakat Zoom. 

e-pendidikan, e-dagang dan e-segala macam lagi.e-raya juga mungkin ada tahun ni dan e-kahwin!


Dulu semua cakap kalau jual aset ni menjual harta negara menggadai negara. Bangsa melayu terancam itu ini. 

Sekarang dalam tempoh kurang 2 bulan, habis dijual aset dijual saham oleh kerajaan melayu islam. Eh, kenapa semua diam pulak ?

Dulu setiap saat ratib pengganas komunis-komunis-komunis, asal Cina terus semua komunis. China Cina-Cina Malaysia dan Cina luar semua komunis.

Sekali Virus Covid19, siap jemput doktor China Komunis naik kapal datang Malaysia. Tak takut ke ?

Virus Covid19 kan dari China komunis ? Oh cina komunis jadi halal sekarang asal bukan DAP komunis kan ? 

Minta face mask pun dari China Komunis. Minta alat perubatan pun dari China Komunis. Semua dari Komunis.

Dulu semua cakap, DAP komunis perintah, semua masjid terus ditutup. Azan dilarang. Nahh.. mulut masin.

Sekarang rasalah. Masjid diseluruh dunia ditutup, solat jemaah, solat jumaat, solat terawih semua tak boleh.Semua akibat komunis memerintah kan.Komunis kan kerajaan dunia.

Kata - kata tu DOA. Teruskan ratib komunis-komunis-komunis setiap saat sampai kiamat. Sekarang rasalah. Semua Tuhan pulangkan balik. Tuhan maha adil. Apa yang kita minta akan dia tunaikan. Sama ada cepat atau lambat.


Takziah by ustat mosabit almandatori

Post a Comment

0 Comments