Ads

Jangan terlalu ghairah nak beraya di musim COVID-19


Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia merayakan Aidil Fitri dengan begitu meriah berbanding negara-negara Islam yang lain dunia. Tiada negara semeriah Malaysia dalam menyambut Syawal. Kita biasa menyambut sehingga 30 hari Syawal, dengan rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan di negara kita.

Namun bukanlah suatu kesalahan besar sekiranya niat mengadakan rumah terbuka adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta bukan sehingga berlakunya pembaziran.

Bersempena dengan PKPB ini, kerajaan telah mengeluarkan arahan agara tiada rentas negeri serta ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dan terhad kepada 20 orang dalam satu-satu majlis.

Arahan ini adalah jelas dan kita tidak sepatutnya bersungut sekiranya menerima kompaun akibat kedegilan kita atau sikap memandang remeh berkenaan COVID-19.


Post a Comment

0 Comments